Friday, 7 June 2013

tepung bunga

15 : 4.2.2011

Kuih ini kuih tradisi yang agak mudah dibuat
Biasanya mama buat hanya pada bulan puasa
Gambar di atas ialah buah tangan Su Nor
semasa datang berbuka puasa di rumah kita.



Bahan A
2 cawan tepung beras pulut
1 sudu tepung jagung
Air
Garam

Bahan B

2 biji telur - dipukul
Gula
Minyak

Cara-caranya:

1.     Bancuh bahan A dengan air hingga membentuk doh
2.     Bentukkan doh sebesar guli dan tekan bahagian tengah
3.     Celupkan doh dalam telur dan goreng hingga kuning
4.     Angkat dan letakkan di atas tisu untuk menyerap minyak
5.     Susun dalam piring dan taburkan gula
6.     Ulang hingga habis

No comments:

Post a Comment