Friday 7 June 2013

chicken chop

25 : 6.2.2011

Resepi ini mama peroleh dari bekas murid mama
Ros namanya
ketika itu dia berada di Tingkatan 5
dan 'kenalannya' ada membuka kedai chicken chop
Terima kasih banyak-banyak Ros
memang menjadi...
dari dulu hingga kini lebih kurang  15 tahun
mama masih mengunakan resepi ini...
Terima kasih juga buat 'kenalan' 
yang kini (jika tidak silap) menjadi suami Ros

(Mama jumpa gambar ni dalam fb)

Bahan untuk kuah:
A
2 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 lada hijau

B
2 sudu garam
2 sudu aji(jika suka)
2 sudu pati ayam
1 sudu lada putih
4 sudu gula

C
2 sendok sos cili
2 sudu tomato
1/2 sudu kicap pekat
sos tiram
2 liter air

D
6 sudu tepung jagung
kacang campur

Cara-cara
  1. Tumis bahan A dengan mentega yang telah dicairkan
  2. masukkan 1 cawan air
  3. masukkan bahan B dan kacau
  4. Masukkan bahan C
  5. Besarkan api hingga mendidih dan masukkan tepung jagung
  6. kacau hingga pekat
Bahan untuk ayam:
  • kacau susu cair dengan 2 biji telur
  • masukkan ayam dan sapukan dengan tepung gandum dan sebuk roti
  • buat berulang kali
  • goreng
*curahkan kuah ke atas ayam yang telah digoreng
*boleh hiaskan

No comments:

Post a Comment