Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

apam kuah




Bahan-bahan  apam :

½ kilo tepung beras
1 ½ cawan tapai dikisar
½ cawan gula
3 cawan air
Eno

Cara-caranya :

1.        Tepung dan tapai dibancuh dengan air sedikit-sedikit bersama gula
2.        Bancuhan tepung dibahagi 4-merah,kuning,hijau dan warna asal
3.        Panaskan kukusan
4.        Masukkan I sudu kecil eno dalam setiap satu warna
5.        Kacau hingga berbuih
6.        Masukkan mangkuk dalam kukusan sekejap
7.        Tuangkan adunan dalam mangkuk
8.        Kukus hingga masak

Bahan- bahan untuk kuah
A

1 inci lengkuah
1 inci kunyit
½ inci halia
½ sudu teh lada hitam
½ sudu teh ketumbar
¼ sudu teh jintan manis
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 sudu kelapa parut

B
Kerisik
3 ekor ikan diambil isi dan ditumbuk
1 ekor ikan kering diambil isi dan ditumbuk
Kerisik
Gula Melaka
Garam

C
4 cawan santan


Cara-caranya:

1.     Kisar bahan A
2.     Masak santan hingga naik minyak/masukkan semua bahan dlm santan
3.     Masukkan  bahan A dan bahan B
4.     Masak atas api yang sederhana

Saturday, 21 November 2015

apam bakar





Bahan – bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 keping manisan
2 cawan air
1 biji telur
1 bungkus mauripan / ibu roti
½ biji kelapa parut yang digaul kelapa

Cara-caranya :

1.     Masak manisan dengan air hingga mendidih – sejukkan
2.     Satukan kedua-dua tepung,telur dan mauripam
3.     Masukkan gula Melaka dan digaul sebati
4.     Simpan adunan satu malam atau hingga kembang
5.     Panaskan kuali dan bakar
6.     Terbalikkan supaya masak sama rata
7.     Hidangkan dengan kelapa parut

Friday, 20 November 2015

apam kukus





Bahan-bahan :

½ kilo tepung beras
1 ½ cawan tapai beras dikisar
½ cawan gula
3 cawan air
Eno

Cara-caranya :

1.     Tepung dan tapai dibancuh dengan air sedikit-sedikit bersama gula
2.     Bancuhan tepung dibahagi 4-merah,kuning,hijau dan warna asal
3.     Panaskan kukusan
4.     Masukkan I sudu kecil eno dalam setiap satu warna
5.     Kacau hingga berbuih
6.     Masukkan mangkuk dalam kukusan sekejap
7.     Tuangkan adunan dalam mangkuk
8.     Kukus hingga masak



Saturday, 8 June 2013

apam eno

52 : 27.2.2011


Semasa arwah tok ada
dia selalu buat apam  ni
tambah sedap makan dengan kuah tok
ummmp lebih
Tapi mama tak belajar dari tok
Semasa mama di KK dulu
mama dapat resepi ni
guna eno...tok guna tapai...
dan ketika itu mama selalu buat
kerana anak-anak yang masih kecil
sukaaa...
Tapi tika Cukur jambul hari tu mama
beli...hihihi
lama dah tak buat
bekasnya pun dah tak tahu di mana...

  • 300g tepung beras
  • 8-10 sudu besar gula pasir
  • 280-300ml air
  •  eno 
  • pewarna merah, hijau,kuning

Cara-cara

  1. tepung dibancuh dgn air  sedikit-sedikit dan gula.
  2. bancuhan tepung itu dibahagi 4- merah, hijau ,kuning dan satu lagi dibiarkan warna asal.
  3. masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
  4. sementara itu panaskan periuk kukus. 
  5. bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
  6. bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam atau kuahnya