Friday 21 June 2013

kek sarang lebah



 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

 1.    Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2.     Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3.    Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.(sejukkan)


4.    Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5.    Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.


6.    Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7.    Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8.    Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9.    Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan  adunan ini selama 3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.


10.  Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)



Wednesday 19 June 2013

pulut durian


Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir
  •  durian



Cara-cara membuatnya:
  1. Tanak atau kukus beras pulut 
  2. Perah santan, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak).
  3. Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi
  4. Kupas durian dan ambil isinya.
  5. Setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, dan sedikit gula pasir ke dalam pinggan. kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.
  6. dah boleh makan.

sup tulang



Bahan A
1kg tulang lembu

Bahan B

6 biji bawang kecil (kisar) 
4 biji bawang putih (kisar) 
1 inci halia (kisar)  
1 sudu teh lada hitam(tumbuk halus) 
3 sudu besar rempah sup adabi 
1 peket sup tulang adabi 
 2 biji ubi kentang dipotong 4
 garam secukup rasa

Bahan C

3 biji bawang kecil di hiris halus 
1 biji bawang putih di hiris halus 
1 batang kayu manis 
3 biji bunga cengkih 
3 biji bunga lawang 
3 biji buah pelaga

Bahan D

Hirisan daun sup dan daun bawang
Bawang goreng

Cara-caranya :

1.     Masukkan tulang ke dalam air (2x ganda dari tulang dan rebus).
2.      Bila mendidih..kecilkan api dan tutup dengan penutup.
3.     Tumis semua bahan C
4.     Setelah berbau wangi masukkan bahan yang telah dikisar termasuk lada hitam.
5.     Masukkan juga sup bunjut adabi dan rempah sup yang telah dicampur dengan sedikit air.
6.     Tumis sehingga naik bau dan masukkan ke dalam sup tadi.
7.      Masak hingga daging empuk
8.     Setelah daging empuk baru dimasukkan ubi kentang.
9.     Biarkan ubi kentang empuk dan masukkan garam. 
10.                        Taburlah bahan D

ikan goreng kicap



Bahan –bahan :
Bahan A
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 biji cili kering

Bahan B

1 labu bawang besar (dihiris bulat)
sedikit hirisan cili benggala
2 sudu besar kicap manis
air asam jawa
1 ekor ikan  kembung /bawal (digoreng seperti biasa)
Cara-cara :
1.     Kisar bahan A
2.     Tumis bahan-bahan kisar hingga berbau wangi dan  pecah minyak. 
3.     Masukkan kicap manis dan air asam jawa. Kacau hingga sebati. 
4.     Masukkan air secukupnya. 
5.     Setelah mendidih, masukkan ikan goreng, bawang besar dan cili benggala. 
6.     Gaul-gaulkan hingga sebati
7.     Setelah sebati, bolehlah diangkat

Thursday 13 June 2013

ikan patin masak tempoyak





Bahan-bahan :

1ekor ikan patin
kunyit hidup
15 biji cili api
2 senduk tempoyak
1 biji timun putih
sedikit asaam keping
3 cawan air (ikut kepekatan)
garam
gula

Cara-cara :

1.     Siang ikan dan dibasuh dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
2.     Kunyit hidup dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak
3.     Masukkan ke dalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata
4.     Masukkan asam keping  dan biarkan 3 minit
5.     Masukkan ikan  dan timun 
6.     Masukkan garam, jika  terlalu pedas masukkan sedikit gula






Wednesday 12 June 2013

makaroni bakar



Bahan-bahannya:

2 cawan makaroni(rebus dan toskan)
350gm daging segar dicincang/kisar
6 ulas bawang merah(mayang)
3 ulas bawang putih(mayang)
 2 sudu besar serbuk kurma/kari daging
Setengah cawan bawang goreng
Cendawan butang tin
Daun sup dan daun bawang(potong kecil)
Sebiji lada benggala(dadu)
Setin susu cair
3/4 tin air
5 biji telur(pukul dengan garfu)
100gm mozarella(diparut)
Serbuk lada hitam
Sedikit gula dan garam
Minyak untuk menumis

Caranya
Tumis bawang merah dan putih dan rempah kurma hingga wangi.
Masukkan  daging dan kacau sehingga kelihatan masak.
Masukkan juga serbuk lada hitam secukupnya.
Masukkan sedikit gula dan garam.
Masukkan air dan biar mendidih sekejap.  Angkat.
Masukkan bahan tumis ke dalam makaroni.  Gaul biar serata.
Masukkan susu cair.Gaul.
Masukkan sebahagian mozarella parut, daun bawang/sup, bawang goreng, cendawan dan lada benggala.
Tuangkan kesemuanya ke dalam bekas tahan bakar dan curahkan telur biar kena kesemua permukaan.
Tabur lebihan mozarella, bawang goreng, daun bawang, lada benggala dan cendawan butang.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 170 - 180C selama 50 - 60 minit atau sehingga masak.

tepung talam ubi kayu


Bahan-bahan:
5 cawan  ubi kayu (parut dan diperah airnya)
1 cawan santan santan pekat
2 cawan air gula melaka(dicairkan dan disejukkan)

Cara-cara :

1. Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau rata. 
2. Masak semua bahan sehingga pekat.
3.Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit. 
*Lapik plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang



Lapisan Atas
Bahan-bahan:

2 sudu besar tepung ubi
garam
2 cawan santan pekat

Cara-cara :

1. Bancuh semua bahan  
 2. Tapis ke dalam periuk, 
 3. Masak sehingga pekat
 4, Tuang ke atas lapisan bawah
 5. Kukus selama 30 minit.