Friday 19 July 2013

ikan tiga rasa





ahan-bahannya.

A.    Untuk Ikan:

2 ekor ikan siakap/bawal
garam
Tepung jagung untuk dilumur pada ikan
Minyak untuk menggoreng ikan

B.     Untuk Kuah:

2 biji bawang besar - dipotong dadu
6 biji bawang putih - dihiris nipis
10 biji cili padi - dipotong kecil
1 inci halia - dihiris halus
1 biji tomato - dipotong dadu
1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
 nanas dipotong dadu/dalam tin
4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 batang serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya :
1.      Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan sedikit garam.
2.     Lumurkan pula dengan tepung jagung termasuk  bahagian dalam.
3.     Goreng  ikan hingga garing dan ketepikan
4.     Tumiskan cili padi, halia, serai,  dan bawang putih.
5.     Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,  sos ikan, dan 3 sudu jus  nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6.     Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7.     Masukkan  sedikit air ,  garam dan gula
8.      Biarkan kuah mereneh seketika.
9.     Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan 

Sunday 14 July 2013

Repok Kacang





Bahan2:
  • 1 cawan kacang hijau
  • manisan/gula melaka/gula(kemanisan bergantung kepada selera masing2)
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
  • kelapa parut( muda dan putih) -gaul dengan sedikit garam
Cara2 membuatnya:
  1. Kacang hijau dicuci dan direndang seketika
  2. Rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk dan lembut (kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Masukkan gula melaka dan garam . 
  4. Renih dan kering lagi sekali,kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana.
  5. Apabila  mula kering,perlahankan api..dan kacau hingga betul-betul kering
  6. Padamkan api dan sejukkan
  7.  Bentuk kacang tadi bulat-bulat dan gaul dengan kelapa

Saturday 13 July 2013

Talam Tokyo




Resepi ni juga mama dapat dari Zainon...Tq Non..

A. BAHAN LAPISAN BAWAH :-

(loyang 8 " x 8")

 40 gram soo hoon, potong pendek2 dan rendam 25 minit, toskan
200 gram biji sago rumbia, cuci dan rendam 30 minit, toskan
70 gram kelapa parut putih
3/4 camca teh garam
240 gram santan

B. BAHAN LAPISAN ATAS :-

 
130 gram gula pasir

100 gram tepung gandum
600 ml santan(santan + air daun pandan)
5 helai daun pandan, cuci dan potong kecil(*dikisar dan tapis)

 2 biji telur
secubit garam
Beberapa titik pewarna hijau


CARA UNTUK LAPISAN BAWAH :- 
  1.  Panaskan kukusan, alas tin kek  dengan plastik bersih. 
  2. Gaul semua bahan2 untuk lapisan bawah bersama santan. 
  3. Masukkan dalam tin kek tadi, ratakan dan kukus 15 minit. 
  4. Tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk.
  5.  Bila masak tekan2 sedikit dan mampatkan.
  6.  Ketepikan.    
* bancuh sikit tepung gandum + garam(seperti gam)
sapu atas lapisan A,kukus sekejap sebelum tuang bahan B(supaya tak bercampur)

UNTUK LAPISAN ATAS :- 
  1.  Satukan semua lapisan atas dan kacau dengan whisk hingga semua rata dan gula hancur, tapis dan masukkan dalam kuali. 
  2. Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga bancuhan sedikit pekat seperti susu pekat manis. Matikan api.
UNTUK TALAM TOKYO :- 
  1. Tuang lapisan atas tadi perlahan2,  guna kaedah dengan meletakkan senduk atas lapisan bawah dan tuang lapisan atas di dalam senduk tadi dan biar bancuhan melimpah secara perlahan2. 
  2. Ratakan dan kukus kembali dengan api sederhana selama 30 minit. Sejukkan betul2 sebelum dipotong...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin



Thursday 11 July 2013

koleh kacang


Tahun ni kumpulan mama ada 5 ahli baru
salah seorangnya zainon yang pandai memasak
setiap hari dia akan bawa makanan untuk kami
antara yang dibawa ialah koleh kacang
oiii best...lemak manis...cukup rasa
lalu apa lagi kami mintaklah resepinnya
jom...layan...



Bahan-bahan



A. 
1 cawan gula merah /  350 gm

2 sb gula pasir

1 cawan air / 340 gm 
Beberapa helai daun pandan disimpul
  
Cara-cara:
 
Masak gula merah, gula pasir, air dan daun pandan sehingga gula larut, Sejukkan dan ketepikan seketika.
B.

2 cawan santan/ 1200 gm

1 cawan tepung kacang hijau (cap kijang/babas/alagappas)/250gm

Secubit garam



Cara-cara



Satukan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga sebati.(tapis)



Masukkan adunan tadi ke dalam kuali.
Selalu dikacau(dengan whisk) agar tak bergentel nanti. 
Masak hingga pekat dan menggelembung sehingga agak berkilat. 
Tuang  ke dalam loyang yang telah disapu  minya
 Hentak2kan supaya padat

Taburkan dengan tahi minyak dan sejukkan sebelum boleh dipotong




Friday 21 June 2013

kek sarang lebah



 
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanilla

 1.    Masukkan gula dalam kuali tanpa minyak dan goreng dengan api sederhana besar.
2.     Bila gula sudah agak cair, masukkan air panas.
3.    Selepas itu, masukkan mentega dan kacau sampai mentega cair dan ketepikan.(sejukkan)


4.    Kemudian, dalam bekas yang berasingan, pukul telur satu persatu sehingga kembang.
5.    Masukkan susu pekat dalam telur dan pukul lagi.


6.    Masukkan tepung gandum serta soda bikarbonat yang telah diayak.
7.    Masukkan pula esen vanilla dan kacau lagi.
8.    Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Gaul hingga sebati.
9.    Masukkan adunan dalam loyang dan perapkan  adunan ini selama 3 hingga 4 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik.


10.  Bakar adunan dalam ketuhar selama 60 minit pada suhu 160 °c. (api bawah)



Wednesday 19 June 2013

pulut durian


Bahan-bahan:
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 biji kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula pasir
  •  durian



Cara-cara membuatnya:
  1. Tanak atau kukus beras pulut 
  2. Perah santan, tidak perlu terlalu pekat (gunakan air yang telah dimasak).
  3. Masukkan garam secukup rasa ke dalam santan tadi
  4. Kupas durian dan ambil isinya.
  5. Setelah siap semuanya, masukkan pulut, durian, dan sedikit gula pasir ke dalam pinggan. kemudian curahkan santan tadi ke atasnya.
  6. dah boleh makan.