Showing posts with label minat. Show all posts
Showing posts with label minat. Show all posts

Friday, 7 June 2013

riak-riak di air


2: 26.1.2011


Suatu ketika
mama suka bela ikan
mama suka tengok ikan 
berenang tenang...
tanpa gangguan

Paling mama suka
ikan emas
suka tengok ekornya bergerak
dan paling suka bela
dalam balang ala-ala macam ni...
simple...
Mama juga penah bela
pelbagai jenis ikan
yang pelbagai warna
mama suka pada warna-warna
yang tercalit pada badan ikan
yang melambangkan pelbagai ragam
Tapi
Itu hanya tinggal kenangan
balang telah bertukar
berisi bunga hiasan...
huhuhu
Tapi...
bila mama dah dapat sesuaikan
masa dan keadaan
mama akan bela balik
walaupun seekor ikan laga..
hihihi...

Thursday, 6 June 2013

anggerik dekat di hati

1: Januari 2011

 



Sejak dulu mama suka pada bunga
mungkin itu naluri biasa 
bagi perempuan...
antara bunga yang menjadi kesukaan mama
ialah anggerik atau orkid

Dalam kesamaran...zaman kanak-kanak
ruang ingatan mama masih terbayang-bayang
aruah Tok Ki pernah tanam orkid jenis ini.
Ditanam di hadapan rumah
lebat bunganya...cantik...
Mama cuba juga tanam
tapi...hingga kini belum berbunga.
huhuhu...












Orkid jenis ini juga mama pernah tanam
Tapi...kini jadi tinggal kenangan
Usahkan bunga,pokok pun dah tak ada
malah pasu pun...



Kalaulah mama boleh putarkan masa
pasti lebih indah...
tapi ...tidak mungkin...
mama rasa masa dan tenaga
kurang mengizinkan
kerana usia menentukan segalanya...
Mama tetap bahagia 
mengimbas kembali
detik-detik yang telah pergi...