Saturday, 8 June 2013

ketupat sotong

44 : 25.2.2011


  • 10 ekor sotong sederhana besar
  • 1 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan sederhana pekat
  • sedikit garam
  • gula secukupnya 
  • 2 ulas bawang merah dimayang
  • halia ditotong halus
  • halba
  • sehelai daun pandan
  • 10 batang lidi- 3-4cm panjang

 


Cara-cara

  1. Rendam beras pulut dengan santan selama 30 minit. 
  2. Toskan beras. 
  3. Bersihkan sotong. Keluarkan kepalanya.
  4. Isikan beras pulut ke dalam sotong 1/3 penuh. Tutupkan dengan kepala sotong. Cucuk dengan lidi supaya kepala tak tercabut. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan santan .
  5. Masukkan garam, gula ,bawang,halia,halba dan daun pandan. Masak sehingga pekat.


No comments:

Post a Comment