Semasa arwah tok ada
dia selalu buat apam ni
tambah sedap makan dengan kuah tok
ummmp lebih
Tapi mama tak belajar dari tok
Semasa mama di KK dulu
mama dapat resepi ni
guna eno...tok guna tapai...
dan ketika itu mama selalu buat
kerana anak-anak yang masih kecil
sukaaa...
Tapi tika Cukur jambul hari tu mama
beli...hihihi
lama dah tak buat
bekasnya pun dah tak tahu di mana...
- 300g tepung beras
- 8-10 sudu besar gula pasir
- 280-300ml air
- eno
- pewarna merah, hijau,kuning
Cara-cara
- tepung dibancuh dgn air sedikit-sedikit dan gula.
- bancuhan tepung itu dibahagi 4- merah, hijau ,kuning dan satu lagi dibiarkan warna asal.
- masukkan 1 sudu kecil eno dlm stiap satu warna. kacau biar berbuih.
- sementara itu panaskan periuk kukus.
- bila mendidih, letak acuan apam sekejap dlm periuk kukus. dan kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam acuan yg telah dipanaskan. kukus hingga masak.
- bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut putih yg dicampur dgn sdikit garam atau kuahnya
No comments:
Post a Comment