Saturday, 8 June 2013

masak lemak cili padi





37 : 24.2.2011

 Masak lemak cili api ni mama gabungkan
dari pelbagai versi...
jadilah resepi mesir(kok sir-kata arwah long)
Resepi ni boleh digunakan untuk ikan dan ayam.



Bahan-bahan :

Ikan tenggiri
3 biji cili padi
2 batang serai
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1 keping asam gelugur
Santan
Kunyit hidup
Garam

Cara-caranya:

1.     Cili api, bawang merah ,bawang putih dan kunyit hidup ditumbuk hingga lumat
2.     Serai dititik
3.      Masukkan ikan dan bahan yang sudah ditumbuk ke dalam periuk berserta serai dan santan.
4.     Masak hingga mendidih.
5.     Masukkan pati santan,  asam gelugur dan kacau hingga rata.
6.     Masukkan garam secukup rasa.

No comments:

Post a Comment