Sunday 9 June 2013

nasi minyak

Bahan-bahan 

  • 1/4 cawan minyak sapi
  • 2 biji bwg putih,dicincang
  • 2 biji bwg besar,dihiris
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga 
  • halia
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair/fresh milk
  • 2-3 titik pewarna kuning
  • 1/2 cawan kismis(jika perlu)
  • 3 helai daun pandan
  • untuk menghidang, bawang goreng dan buah badam

Cara-cara

  1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk.Goreng bwg besar dan bwg putih hingga kekuningan.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih ,halia dan buah pelaga.Goreng selama 5minit.
  3. Masukkan air,susu cair,daun pandan yg disimpulkan serta pewarna kuning hingga mendidih
  4. Masukkan beras.Kacau supaya semua bahan serata.Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
  5. Masukkan kismis dan kacau rata.Setelah itu tanak nasi hingga betul2 masak.Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.

No comments:

Post a Comment