A.
Kepingan lasagna (Seelok-eloknya rendam dlm air panas 15-30 minit)
Keju parut
B.Sos Merah
Daging cincang @ daging burger
Tomato puri @ sos tomato
Sos cili
Bawang besar - dipotong dadu
Bawang putih - dicincang
Buah tomato - potong kecil
Karet - potong dadu ( cendawan butang dll)
Serbuk lada hitam
Sedikit garam
Minyak utk menumis
1. Tumis bawang hingga agak layu, masukkan daging cincang
2. Bila daging agak masak, masukkan tomato puri dan sos cili, kacau sebentar
3. Masukkan sayur yg disukai dan potongan buah tomato
4. Perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam...angkat, ketepikan
Butter
Tepung Gandum - bancuh dgn sedikit air
Susu segar
Four Cheese Pasta Sauce @ cream mushroom pasta sauce/mushroom cream soup
Garam
Serbuk lada hitam
1. Panaskan butter hingga cair, masukkan bancuhan tepung gandum,
kacau dan pastikan tepung tidak bergentel
2. Masukkan susu segar, kacau sebati
3. Masukkan pula four cheese pasta sauce dan biarkan seketika
4. Sebelum diangkat perasakan dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam
Penyediaan Lasagna
1. Griskan loyang pembakar dgn sedikit butter
2. Lapiskan kepingan lasagna pada dasar loyang
3. Letakkan sos merah diatas lasagna
4. Kemudian lapiskan pula dgn sos putih, taburkan sedikit keju parut
5. Ulang proses 2 - 4, lapisan terakhir diakhiri dgn sos putih dan taburan parutan keju
6. Bakar dlm oven 180 C selama 40 minit
Pastikan kepingan lasagna lembut, jika masih kurang lembut boleh tambah masa pembakaran
No comments:
Post a Comment