Saturday 8 June 2013

shepherd pie

53 : 27.2.2011

Semasa solat hajat
rumah ayah cik,Chik bawa Shepherd's pie
Sedap...hingga licin
Inn pun berkobar-kobar nak buat
Lalu buka blog chik
tengok bahan untuk dibeli
dan hari ni dia pun buat
menjadi...
best...
lalu mama pun...
copy resepinya
Terima Kasih Chik/adik..(halal ye?)



bahan2


500gm daging kisar
1 ulas bawang putih-dicincang
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 1/2 cawan mix vege
8 biji cendawan dalam tin-dibelah 4
3 biji buah tomato masak
2 batang daun celery-diracik halus
1 1/2 sb lada hitam-ditumbuk
1 kiub stok daging – guna kiub  chicken stok
sedikit garam-jika perlu.
1 bungkus mozarella cheese

1 tin campbell mushroom sup 

cara - caranya :
panaskan minyak
tumis bawang besar dan bawang putih
masukan daging kisar dan cendawan.
kacau rata hingga daging masak.
masukan tomato dan semua bahan lain kecuali cheese.
dan gaul rata hingga masak.



bahan2 kentang atau mash potato


1 kg kentang-buang kulit,cuci bersih kemudian kukus hingga kentang lembut
1/2 cawan susu segar
2 sb mentega
serbuk lada sulah dan sedikit garam
kentang dilecek dan digaul bersama susu dan lada sulah
ketepikan

cara nak buat Pie
sediakan bekas kaca atau acuan pie
ambil mash potato dan ratakan dalam acuan
masukan inti daging
curahkan sop campbell yang telah dimasakkan dan disejukkan

tutup dgn mash potato semula -
akhir sekali taburkan mozarella cheese di atas permukaan 
bakar di dalam oven yang sudah di panaskan 200 c selama 30 minit atau sehingga permukaan atas keperang - perangan

No comments:

Post a Comment