Monday, 4 April 2016

ayam masak ros




Bahan-bahan
Bahan A:

1 ekor ayam – dipotong 12
1 biji tomato – dipotong dadu
4 sudu tomato puri/tomato sos
2 sudu besar kismis
1 ketul kiub ayam
Gula melaka
1 cawan air
1 ½ cawan susu cair
2 batang serai - dititik
2 helai daun pandan
Gula
 Garam

Bahan B -tumis

1 inci halia – dihiris
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 sudu besar kismis

Bahan C – kisar

10tangkai cili kering
1 labu bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan D – hiasan

Kacang pis di dalam tin – ditoskan airnya
Cili hidup

Cara-cara :

1.     Ayam disapu garam kunyit dan digoreng dan diketepikan
2.     Panaskan  2 senduk  minyak ayam goreng tadi
3.     Masukkan daun pandan  sehingga naik wangi
4.     Masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis sehingga bawang kekuningan
5.     Masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar
6.     Kacau rata dan tutup periuk hingga pecah minyak
7.     Masukkan  air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula melaka, gula , garam, dan serai.
8.     Kacau sebati hingga mendidih dan masukkan ayam
9.     Balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur.
10.                        Masukkan susu cair dan kacau rata dan biarkan mereneh
11.                        Setelah ayam masak,  tabur kacang pis dan kismis
12.                        Hiaskan dengan daun sup dan cili hidup

No comments:

Post a Comment