Bahan-bahan
:
Bahan
inti
1
tin sardin
2
biji ubi kentang
1
labu bawang besar dipotong dadu
1
biji cili dihiris halus
2
sudu cili kisar
Garam
Gula
Air
perahan limau
Minyak
untuk menumis
Cara-cara
:
1.
Asingkan ikan
sadin dengan sosnya
2.
Hancurkan sardin
dengan garfu
3.
Tumis cili kisar
hingga garing
4.
Masukkan sardin,ubi
kentang,bawang hingga kentang empuk
5.
Masukkan garam,gula,cili
dan perahan limau
6.
Angkat dan sejukkan
Bahan pastri :
1 kg gandum
½ cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air dari peti sejuk
Garam
Cara-caranya:
1.
Cairkan majerin
dengan minyak masak
2.
Masukkan tepung
dan garam serta buat lubang di tengah-tengah
3.
Tuangkan majerin
ke dalam tepung dan digaul rata
4.
Apabila suam
masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga tepung tidak melekat di
tangan
5.
Masukkan doh ke
dalam peti sejuk selama 30 minit
6.
Canai doh dan
terap dengan acuan bentuk bulat
7.
Masukkan inti
8.
Lipat 2 bahagian
dan picit sedikit supaya kedua bahagian bercantum
9.
Kelim dari hujung
ke hujung. Ulang hingga habis
10.
Panaskan minyak,tutup
api dan masukkan karipap
11.
Biar seketika
baru nyalakan semula dengan api perlahan
12.
Goreng seperti
biasa hingga kekuningan
No comments:
Post a Comment