Tuesday, 5 April 2016

karipap ikan


Bahan-bahan :

Bahan untuk inti
1 kg ikan selayang atau kembung direbus dan diambil isinya
2 cawan santan pekat
8 biji bawang merah ditumbuk
1 inci halia ditumbuk
Halba
Garam gula
Asam keping

Cara-caranya :

1.     Tumbuk isi ikan
2.     Masukkan semua bahan
3.     Masak hingga kering

Bahan pastri :

1 kg gandum
½ cawan majerin
1 cawan minyak masak
400 ml air dari peti sejuk
Garam

Cara-caranya:

1.     Cairkan majerin dengan minyak masak
2.     Masukkan tepung dan garam serta buat lubang di tengah-tengah
3.     Tuangkan majerin ke dalam tepung dan digaul rata
4.     Apabila suam masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli hingga tepung tidak melekat di tangan
5.     Masukkan doh ke dalam peti sejuk selama 30 minit
6.     Canai doh dan terap dengan acuan bentuk bulat
7.      Masukkan inti
8.     Lipat 2 bahagian dan picit sedikit supaya kedua bahagian bercantum
9.     Kelim dari hujung ke hujung. Ulang hingga habis
10.                        Panaskan minyak,tutup api dan masukkan karipap
11.                        Biar seketika baru nyalakan semula dengan api perlahan
12.                        Goreng seperti biasa hingga kekuningan
 






No comments:

Post a Comment