Thursday, 4 August 2016

mi malaysia




Bahan-bahan :

Bawang putih dikisar
Bawang merah dikisar
Cili boh
½ botol isi taucu sahaja dilenyek
Udang
Kacang tanah ditumbuk
Mi
Sayur
Air
Garam

Cara-caranya :

1.     Tumis bawang merah,bawang putih dan cili boh hingga naik minyak
2.     Masukkan taucu dan air, masak hingga mendidih
3.     Masukkan udang hingga mendidih
4.     Masukkan kacang tanah,garam,mi dan sayur

kuih ketayap









Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan dikisar dengan 1 ½ santan
Garam

Bahan untuk inti :

½ biji kelapa parut
½ cawan air
¾ cawan manisan
Garam
Daun pandan disimpul

Cara-caranya :

1.     Semua bahan untuk inti dimasukkan ke dalam periuk
2.     Dimasak denan api sederhana dan dikacau
3.     Masak hingga lembab
4.     Sejukkan
5.     Satukan semua bahan untuk kulit
6.     Kisar  hingga sebati
7.     Panaskan kuali dan disapu minyak
8.     Tuangkan sesenduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan
9.     Angkat apabila masak
10.                        Bubuh inti dan gulung.

Tuesday, 2 August 2016

bubur chacha


Bahan-bahan :

1 plastik chacha kering
Santan dari sebiji kelapa
2 keping manisan
Daun pandan
Sedikit garam

Cara-caranya :

1.     Masak caca hingga lembut
2.     toskan
3.     Masukkan semua bahan
4.     Masak hingga mendidih

kuih siput lemak



Bahan bahan:

500 gm tepung gandum
1 cawan minyak masak
3/4 cawan air
3 sudu gula
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya :
1.     Masukkan  minyak ke dalam tepung dan gula serta digaul rata.
2.     Masukkan  garam , air  ke dalam tepung serta digaul sebati.
3.     Uli doh hingga tidak melekat di tangan
4.     Cubit  doh dan golek ke atas  papan acuan kuih siput.
5.     Goreng dalam minyak yang panas.
6.     Angkat dan tos.

kek kukus




Bahan- bahan :

500 gm black current
600 gm tepung gandum
340 gm mentega
2 cawan gula halus
1 cawan gula dijadikan gula hangus
5 biji telur
1 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla

Cara – caranya :

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang
2. Masukkan cream of tartar dan baking soda,kacau hingga sebati
3. Masukkan telur satu persatu dan kacau
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. Masukkan black current
6.Masukkan gula hangus dan kacau rata-rata
7.Tuangkan ke dalam Loyang yang telah disapu minyak
8.Kukus selama 4 jam (jangan buka)